Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

BANGI, 30 OGOS 2019 -Pertandingan Fotografi-Kreatif Merdeka 2019 dianjurkan bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62 oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Tujuan pertandingan ini adalah untuk menyemarakkan lagi suasana kemerdekaan dan menerapkan semangat kemerdekaan dalam kalangan warga Nuklear Malaysia. Pertandingan ini telah mula diadakan sejak 2015 dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih menyeluruh. Pada tahun ini, sebanyak 23 penyertaan gambar telah diterima daripada enam bahagian iaitu BSM, BKP, BAS, BKT, Pejabat Ketua Pengarah dan BPM. Hadiah berbentuk piala pusingan dan piala iringan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Abd Wahab bin Yusof, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia semasa perhimpunan bulanan Agensi pada 30 Ogos 2019.  Senarai pemenang adalah seperti berikut:

 

PERTAMA

Bahagian Pengkomersilan Teknologi

 

KEDUA

Kumpulan WasTeC, BAS

 

 

KETIGA
Unit Perkhidmatan Maklumat, BPM