Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

DENGKIL, 14 OGOS 2019 - Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1440H, Nuklear Malaysia juga tidak ketinggalan untuk melaksanakan ibadah korban. Pada tahun ini, sebanyak dua ekor lembu diperuntukkan untuk ibadah korban yang diadakan pada 14 Ogos bersamaan 13 Zulhijjah. Aktiviti ibadah korban dijalankan seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran para peserta korban dan sukarelawan di Surau Sri MINT, Kompleks Dengkil.

Antara peserta yang turut serta adalah Dr. Abdul Muin Abdul Rahman, Dr. Zainon Othman, Dr. Zaiton Ahmad dan lain-lain lagi. Ibadah korban yang dilaksanakan setiap tahun ini merupakan anjuran Kelab Nuklear Malaysia. Selesai proses penyembelihan, melapah dan mengagih daging korban, turut berlangsung acara memasak sup tulang dan penyediaan makan tengah hari untuk warga Nuklear Malaysia yang turut hadir memeriahkan ibadah korban pada tahun ini. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan mendapat keberkatan.