Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

BANGI, 7 OGOS 2019 – Satu ceramah kesihatan telah diadakan di Bilik Seminar, Blok 11 dengan tajuk Very Low Calorie Diet (VLCD), Simptom Diabetis dan Kaedah Menangani Penurunan Berat Badan. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BSM). Program ini telah dihadiri hampir 90 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Nuklear Malaysia. Objektif penganjuran ceramah ini adalah untuk memberi kesedaran kesihatan terutamanya berkaitan permasalahan obesiti dan berat badan berlebihan serta kaedah menanganinya.

Ceramah telah disampaikan oleh Cik Zuliatini Mohammad Joni daripada Hallneevour Health Care sambal dibantu oleh Puan Wan Najidah Wan Hassan bagi slot tiga jam ini. Usai pendaftaran, para peserta dijemput untuk membuat saringan berat badan, body mass index (BMI), peratusan lemak dan sebagainya. Penceramah memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan perut kerana 90% penyakit berpunca penyakit dari usus bertoksin. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Perut itu asas segala penyakit, manakala pencegahan itu asas segala pengubatan" – Riwayat ad-Dailami.