Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

BANGI, 8 MEI 2018– Bahagian Kebajikan Kelab Nuklear Malaysia telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat pada 4 Mei 2018 yang lalu bertempat di Surau Blok 17, Agensi Nuklear Malaysia. Tujuan majlis ini dianjurkan agar warga kerja Nuklear Malaysia yang beragama Islam dapat muhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .. Bacaan Yaasin yang dihadiri lebih 30 staff telah diketuai oleh Encik Mohd Fauzi bin Haris, Pegawai Penyelidik BST. Adalah diharapkan pengisian rohani ini dapat meningkatkan lagi semangat warga kerja agensi dan seterusnya menambah produktiviti. Tahlil dan doa selamat turut diadakan untuk mereka yang telah tiada terutamanya dalam kalangan warga kerja agensi sendiri dan keluarga terdekat.