Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Kuala lumpur, 2 Mei – Pesta Buku Antarabansa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 telah kembali dengan bertemakan “Lakaran Karya Merentas Peradaban Bangsa”. Pesta selama 2 minggu itu telah membawakan pelbagai naskhah bacaan yang merentasi pelbagai negara  yang menjadi santapan minda buat pengunjung.

Nuklear Malaysia turut tidak melepaskan peluang bagi mengunjungi pesta tahunan tersebut melalui program Perpustakaan Nuklear Malaysia. Lawatan yang disertai oleh 18 orang pegawai pelbagai pangkat telah menjejakkan kaki mereka ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu lepas, merebut peluang bersama pengunjung yang lain dalam menerokai dunia buku yang ditawarkan di sana.

Pesta Buku Antarabangsa ini merupakan salah satu usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah khususnya dan masyarakat secara umumnya. Acara tahunan berimpak tinggi seperti ini wajar diteruskan bagi memastikan budaya cinta buku dapat terus dikekalkan dalam agenda mendidik masyarakat berilmu.