Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2018–  Minggu ini adalah minggu yang amat bermakna buat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kerana buat julung-julung kalinya MOSTI dapat menganjurkan Minggu Sains Negara yang berlangsung pada 1 hingga 7 April 2018.

Lebih membanggakan, Minggu Sains Negara 2018 yang disambut dengan tema "Negaraku Berinovasi" ini turut diraikan oleh para saintis, penyelidik, guru, pelajar dan masyarakat secara serentak di seluruh negara.

Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Kabinet, Minggu Sains Negara akan disambut pada minggu pertama April setiap tahun dan menjadi agenda utama kerajaan dalam membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kalangan masyarakat.

Bacaan penuh : http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1452253#.Wsro6SZ7xWA.facebook