Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

NILAI, 13 APRIL 2018 –Biosimilar Day 2018 yang dianjurkan oleh Inno Biologics Sdn Bhd telah berlangsung pada 5 April 2018 di Inno Biologics Sdn Bhd, Nilai, Negeri Sembilan. Program yang diadakan bersempena Minggu Sains Negara tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan & Pembangunan Teknologi, Dr. Dahlan bin Haji Mohd.

Dahlan dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar penganjuran program ini dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan “sains” yang menarik dan interaktif. Sementara itu, Nuklear Malaysia yang diwakili oleh Bahagian Teknologi Perubatan (BTP) dan Bahagian Agroteknologi dan Biosains (BAB)mengetengahkan Kit Radiofarmaseutikal Deltozide danMushrooom Polysaccharides for Cosmeceutical Applications.

 

Program satu hari ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti perkhidmatan saringan awal dan pengesanan kanser, wacana daripada agensi dan NGO, Forum Biosimilar, pameran sains dan kesihatan, dan jualan.