Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

PUTRAJAYA, 6 APRIL 2018 - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) terpilih sekali lagi bagi berlangsungnya Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 pada 4 April lepas. Perhimpunan ini menyaksikan terhimpunnya para pegawai perkhidmatan awam daripada segenap agensi yang berada di Malaysia dengan jumlah kehadiran mencapai 10,000 orang berbanding MAPPA KE-15 seramai 5,000 orang.

Perhimpunan ini turut menghimpunkan wakil-wakil Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia setiap negeri bagi sama-sama mendengar amanat perdana yang disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. MAPPA XIV dengan tema Demi Negaraku Malaysia anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam memberi perkhabaran gembira kepada penjawat awam. Antara intipati ucapan YAB Perdana Menteri adalah pengumuman kepada penjawat awam dan pesara kerajaan adalah :

1. Pemendekkan kenaikan pangkat secara time based kali kedua dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun.

2. Mewujudkan gred lapisan DG56 bagi jawatan DG54 yang telah memegang jawatan selama 5 tahun.

3. Memanjangkan kemudahan kesihatan kepada ibu bapa bagi pekerja lantikan kontrak (for service)

4. Sumbangan dana kepada Persatuan Pekerja sebanyak RM3 juta setahun

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan sebanyak 7 hari diperluaskan kepada orang bukan Islam.

6. Faedah persaraan, Kerajaan menambah kenaikan 1% secara one-off bermula Julai sehingga Disember 2018

7. Kerajaan memberi persatuan pesara dan lain-lain persatuan pesara geran khas sebanyak RM1 juta.

8. Kuota haji khas kepada pesara kerajaan.

9. Kenaikan 1 KGT (tangga gaji) khas kepada semua penjawat awam pada 1 Julai 2018.