Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

 

KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2018 - Setinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Cik Hasfazilah Hassan daripada Unit Komunikasi Korporat Agensi Nuklear Malaysia dan kumpulan MajalahSains.com atas kejayaan merangkul Anugerah Khas STEM kategori media bersempena dengan pelancaran Minggu Sains Negara di Pusat Sains Negara, baru-baru ini.

Hasfazilah Hassan  yang merupakan salah seorang editor MajalahSains.com telah menerima anugerah tersebut bagi mengiktiraf sumbangan penulisan dalam bidang STEM dan STI Negara. Hadiah berupa trofi, sijil dan wang tunai disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).