Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 APRIL -  Minggu Pembinaan Antarabangsa 2018  ( ICW 2018) telah dianjurkan pada  26 hingga 30 Mac 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Bertemakan 'Achieving Peak Industry', acara tahunan yang diadakan untuk kali ke-18 itu telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Seri Haji Fadillah Haji Yusof.

Dalam program yang sama, Nuklear Malaysia turut terlibat dalam Seminar Teknologi Nuklear, Tenaga Nuklear  serta Latihan & Pendidikan Nuklear pada 27 hingga 29 Mac 2018. Antara warga Nuklear yang terlibat adalah YBhg. Datuk Dr Mohd Ashhar Hj Khalid (Ketua Pengarah ANM), Puan Sheriffah Noor Khamseah Al-Idid (Ahli Jawatankuasa Penganjur ICW 2018), Encik Noor Azreen Masenwat, Dr Hafizal Yazid, dan Tengku Sarah Tengku Amran.

Program ini bermatlamat bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penggerak industri khususnya pencebur bidang teknologi pembinaan dan inovasi  di samping  meningkatkan produktiviti  dan daya saing industri. Program ICW yang menjadi acara tahunan perdana untuk industri pembinaan bukan sahaja melibatkan negara Malaysia tetapi turut meliputi negara lain di rantau Asia Tenggara. Sepanjang program ICW 2018 ini, lebih 100 orang peserta pameran terlibat dalam mempamerkan hasil dan produk masing-masing.

Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Bersama UBM Malaysia, Jeneral Tan Sri Panglima Mohamed Azumi Mohamed dan Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid.