Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

SEMENYIH, 5 APRIL- Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (AKRAB MOSTI) telah menganjurkan aktiviti lasak dengan menawan puncak Bukit Broga, Semenyih baru-baru ini. Ekspedisi kali ini telah disertai oleh ahli AKRAB Nuklear Malaysia iaitu Puan Manisah Saedon dan Encik Shahrul Azlan Azizan.

Lebih 20 orang peserta telah terlibat dalam ekspedisi ini termasuklah kanak-kanak sekolah rendah dan menengah. Kumpulan ekspedisi ini telah diketuai oleh Encik Muhamad Hanafiah dari Jabatan Perdana Menteri (JPM). Para peserta juga diberikan taklimat berkaitan dengan tips pendakian dan keselamatan yang perlu dititikberatkan..

Bukit Broga mempunyai tiga puncak dan setiap satunya mempunyai ketinggian yang berbeza. Walaupun laluan ke puncak adalah penuh liku dan amat mencabar, kesemua peserta dilaporkan selamat dalam perjalanan mereka menawan puncak Bukit Broga. Ekspedisi ini dilihat perlu menjadi aktiviti rutin yang memberi manfaat kepada kesemua peserta.