Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

SEREMBAN, 1 APRIL 2018– Pelancaran Minggu Sains Negara yang baru-baru ini diadakan diharap dapat meningkatkan lagi minat para pelajar bagi menjurus kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), dan seterusnya memilih bidang ini sebagai kerjaya mereka. Menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, MOSTI telah mengenalpasti 73 bidang pekerjaan baru berasaskan sains di masa hadapan, justeru menunjukkan peluang dan ruang yang luas bagi pelajar hari ini untuk menceburi bidang kerjaya sains.

"Para pelajar perlu menggunakan peluang ini kerana bidang sains dan inovasi sentiasa bergerak", katanya semasa ucapan aluan perasmian Minggu Sains Negara peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di Mydin Mall Seremban 2. Turut hadir ketika perasmian adalah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Tuan Pkharuddin Ghazali dan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr. Mohd Ashhar Hj Khalid.

Minggu Sains Negara peringkat Negeri Sembilan membuka tirainya pada 1 April lalu dan akan berlangsung selama 2 hari di Mydin Mall Seremban 2. Program satelit pula akan diadakan di beberapa daerah di Negeri Sembilan yang melibatkan projek MOSTI Social Innovation (MSI) dan penduduk tempatan.