Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

SEREMBAN, 28 MAC 2018 - Minggu Sains Negara peringkat Negeri Sembilan membuka tirainya dengan bengkel radiasi guru sains yang telah dilaksanakan di Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban. Program sulung Minggu Sains Negara peringkat Negeri Sembilan itu telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan turut disertai oleh guru-guru sains sekolah di sekitar Seremban.

Bengkel radiasi kali ini mengenengahkan 3 program utama iaitu ceramah radiasi, aktiviti mengukur sinaran latar belakang dan membina Kebuk Awan yang dikendalikan oleh En Nasaai Masngut dan En Mohd Hafizal Yusof. Seramai 60 orang guru yang menyertai bengkel kali ini menyuarakan minat mereka terhadap aktiviti yang dilakukan dan turut berhasrat untuk mengendalikan aktiviti yang sama di sekolah masing-masing.

Minggu Sains Negara peringkat Negeri Sembilan membuka tirai rasminya pada 1 April 2018 di Mydin Mall Seremban 2.