Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Peta Lokasi

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang
Selangor, Malaysia

P: +603-8911 2000

F: +6-03-8911 2153

E: ukk[at]nm.gov.my

H: Isnin - Jumaat: 8:00 Pagi - 5:00 Petang

PERJALANAN KE AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

LALUAN DATANG KE KOMPLEKS UTAMA AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

Kompleks Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) di Bangi terletak 45 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

 

PERJALANAN DARI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, menaiki KLIA Express Rail Link ke Stesyen Bandar Tasik Selatan. Dari Stesyen Bandar Tasik Selatan transit ke KTM Komuter laluan ke Sungai Gadut (Seremban) dan turun di Stesyen Kajang / Hentian UKM / Hentian Bangi. Kemudian  menaiki  teksi ke Kompleks Utama Agensi Nuklear Malaysia. Untuk perjalanan yang lebih selesa, juga boleh menggunakan perkhidmatan Limousin KLIA  dalam tempoh kurang satu jam ke Nuklear Malaysia. Tambangnya ialah kira-kira RM50.00 - RM60.00 setiap perjalanan, tertakluk kepada masa perjalanan.

 

PERJALANAN DARI IBU KOTA KUALA LUMPUR

Gunakan KTM Komuter laluan ke Sungai Gadut (Seremban) dan turun di Stesyen Kajang / Hentian UKM / Hentian Bangi. Dari stesyen / hentian  naik  teksi ke Kompleks Agensi Nuklear Malaysia. Juga boleh gunakan perkhidmatan Bas RapidKL dari Kuala Lumpur ke Hentian Bas, Jalan Reko Kajang dan naik teksi ke Kompleks Nuklear Malaysia di Jalan Bangi.

 

PERJALANAN MELALUI KERETA

Agensi Nuklear Malaysia mudah diakses menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (Kuala Lumpur - Seremban) dengan keluar di persimpangan Bangi. Sila ikut papan arah jalan ke Kompleks Agensi Nuklear Malaysia terletak bersebelahan dengan Institut Genom Malaysia (Genom Malaysia) dan 5 KM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Jalan Bangi.