Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN
AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

Agensi Nuklear Malaysia

Akan

Melaksanakan penyelidikan yang berasaskan kepada misi organisasi, permintaan pasaran dan keperluan pelanggan.

Menjalankan penyelidikan dan pengurusan dengan penuh etika dan berpegang teguh kepada kejujuran dan integriti.

Memberi khidmat sokongan kepada organisasi berhubung dengan aktiviti-aktiviti; pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan keselamatan secara berterusan

Melalui empat bidang keutamaan iaitu;


1. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI

a.Permohonan melaksanakan projek penyelidikan diterima, dinilai dan dimajukan ke peringkat seterusnya dalam masa satu (1) bulan selepas penerimaan cadangan yang lengkap.

b.Laporan akhir projek penyelidikan akan disediakan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tamat tarikh projek.

c.Menyelaras penyertaan para penyelidik ke pertandingan inovasi dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum pertandingan diadakan.

d.Menguruskan pemfailan paten dalam tempoh enam (6) bulan selepas permohonan diterima.

e.Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dalam masa tiga (3) hari.



2. PERKHIDMATAN TEKNIKAL

a.Mengambil tindakan terhadap permohonan perkhidmatan teknikal dalam tempoh 14 hari selepas permohonan yang lengkap diterima.

b.Mengambil tindakan terhadap aduan mengenai perkhidmatan teknikal dalam masa 24 jam.

c.Mempertimbangkan kelulusan spesifikasi sebut harga dan tender dalam tempoh dua (2) minggu selepas permohonan yang lengkap diterima.

d.Memastikan ketersediaan capaian portal rasmi Nuklear Malaysia sentisa tidak kurang dari 90%.



3. PROGRAM PENGURUSAN

a.Memastikan pembangunan modal insan mencapai sasaran tujuh (7) hari latihan setahun.

b.Memproses dan membayar bil dan invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

c.Memproses permohonan sebut harga dan tender dalam masa dua (2) bulan selepas permohonan yang lengkap diterima.

d.Mengeluar Pesanan Tempatan dalam masa tujuh (7) hari selepas permohonan yang lengkap diterima.

e.Memperaku permohonan mengikuti latihan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima


4. PENGKOMERSILAN DAN PERANCANGAN TEKNOLOGI

a.Membekal produk, latihan dan perkhidmatan mengikut standard dan pada kadar harga yang berpatutan.

b.Menyediakan sebut harga kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas permohonan diterima.

c.Mengeluarkan sijil dan laporan analisis dalam tempoh tujuh (7) hari selepas memenuhi semua urusan perkhidmatan.

d.Menyediakan kontrak kerjasama dalam tempoh tiga (3) bulan setelah nota persetujuan diperolehi dari rakan kerjasama.

e.Mengambil tindakan susulan terhadap aduan mengenai perkhidmatan dan produk dalam masa 24 jam.

f.Memberi bantuan perkhidmatan teknikal dan perkhidmatan selepas jualan dalam masa 14 hari selepas permohonan lengkap diterima daripada pelanggan.

g.Membuat semakan dan penetapan harga khidmat dan produk Nuklear Malaysia setiap lima (5) tahun.