Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Nanoparticles 197Au@SiO2 sebagai Radiopengesan

Nanopartikel 197Au@SiO2 bagi Penggunaan Inovatif dalam Proses Penyelidikan Industri Menggunakan Teknologi Radiopengesan. Pendekatan ini diambil bagi mencipta sesuatu yang berbaloi dalam bidang nanoteknologi yang terarah kepada bahan sasar nanopartikel teras – cengkerang, iaitu 198Au@SiO2 untuk digunakan secara inovatif dalam penyelidikan proses industri menggunakan teknik radiopengesan. Kaedah sintesis untuk teras - cengkerang berstruktur sfera, 197Au@SiO2  telah didedahkan, dengan menggunakan garam emas untuk menghasilkan koloid emas (saiz ~ 30nm), tetraetil Orthosilicate (TEOS) sebagai pelopor, dan ammonia sebagai pemangkin. Sfera teras -cengkerang 197Au@SiO2 dengan satu Au nanopartikel telah diperolehi melalui kaedah yang inovatif ini.


Tujuan utama penghasilan kerja ini adalah untuk memperkenalkan nanopartikel halus dalam bentuk pepejal yang melalui proses penyinaran neutron bagi menghasilkan penyurih radioaktif 198Au@SiO2.  Kebanyakan aplikasi menggunakan Penyurih GoldNano memerlukan sifat nanopartikel yang stabil secara kimia pada suhu yang tinggi, mempunyai saiz yang seragam dan juga tersebar dengan baik di dalam medium cecair. Au nanopartikel yang bersalut SiO2 dimuatkan ke dalam reaktor penyelidikan TRIGA MARK II, Agensi Nuklear Malaysia untuk proses hentaman neutron dan  menukarkan Au kepada isotop Au - 198 yang bersifat radioaktif.

Sistem ini menawarkan:

gold1

gold2

 

Bg copy.png


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(U/p: Dr Rasif Bin Mohd Zain – Pengurus Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi)
Tel: +603-8911 2000 ext 1501
Email: rasif[at]nm.gov.my