Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pembangunan Teknologi Sisa


Sebagai sebuah agensi yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan dan pengurusn teknologi nuklear, Nuklear Malaysia turut bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa radioaktif negara. Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WasTeC) yang mula beroperasi sejak tahun 1984 diberi tanggungjawab menguruskan sisa radioaktif di seluruh negara.

WasTeC-Nuklear Malaysia dilengkapi dengan tenaga kerja profesional dan mahir serta kemudahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Pelanggan untuk perkhidmatan ini terdiri daripada pelbagai sektor, yang menggunakan bahan-bahan radioaktif dalam operasi mereka seperti industri, perubatan, dan lain-lain institusi pengajian tinggi.

Dalam pengurusan sisa radiaktif, penjana sisa perlu memenuhi syarat-syarat pengurusan sisa radioaktif seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Seterusnya, pengurusan sisa ini akan dipertanggungjawabkan WasTeC yang akan menjalankan aktivit selanjutnya selaras dengan standard kebangsaan dan antarabangsa.

Selain khidmat perundingan yang berkaitan dengan pengurusan sisa dan perlindungan alam sekitar untuk agensi-agensi kerajaan dan industri, pusat ini juga menjalankan aktiviti penyelidkan dan pembangunan dalam bidang ini.

  • Perundingan dan perkhidmatan yang disediakan oleh WasTeC termasuk:
  • Penilaian kesan radiologi tapak pelupusan NORM / TENORM Radiological Impact Assessment (RIA)
  • Penilaian Dos Radiologi untuk industri (contohnya dalam industri NORM / TENORM)
  • Pemulihan dan Penyahtauliahan tapak dan kemudakan NORM / TENORM
  • Pengurusan sisa radioaktif untuk semua makmal dan kawasan kawalan berkaitan termasuk pengumpulan sisa radiaktif dan pakaian makmal radioaktif (dalam Nuklear Malaysia)
  • Pengurusan sisa radioaktif untuk universiti, hospital, dan industri.
  • Kajian mengenai penghasilan dan pencirian sisa - persampelan sisa pepejal perbandaran, analisis proksimat, ultimate, klorin, logam berat dan mineral serta penentuan nilai kalori, dan mematuhi ASTM, COM MODE.
  • Combustion Behavior of Refuse Derived Fuel (RDF)
  • Penilaian Impak Alam Sekitar - radiologi dan bukan radiologi
  • Insinerasi minyak enapcemar dari industri petroleum
  • Pemantauan pencemaran (zarah, NOx, SOx, Dioxin) di loji rawatan sisa dan analisa gas serombong serta kajian pelepasan
  • Pentauliahan loji rawatan sisa - pengurusan sisa, rawatan haba dan perundingan pemantauan pencemaran
  • Konsultasi konsep Waste to Energy melalui pelbagai teknologi rawatan - rocking kiln combustor fluidized bed combustor, pembentukan wap dan kombustor serbaguna skala makmal.
  • Reka bentuk dan pemodelan kemudahan rawatan sisa – insinerator dan rekabentuk sistem kawalan pencemaran udara

Tatacara pelupusan sisa - Perkhidmatan dalaman

Tatacara pelupusan sisa - Perkhidmatan luar

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my