Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pengurusan Sisa Radioaktif Kebangsaan


Sisa radioaktif perlu diuruskan dengan betul bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini kepada manusia dan alam sekitar. Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif telah ditubuhkan dengan objektif untuk melindungi pekerja dan penduduk di kawasan sekitarnya dari risiko sinaran mengion, dan juga untuk memastikan persekitaran yang selamat melalui pengurusan sisa radioaktif yang berkesan.

Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan untuk mengendalikan sisa radioaktif yang dihasilkan dalam negara. Dengan adanya tenaga kerja yang mahir dan kemudahan yang lengkap, pusat ini mampu menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa radioaktif yang cekap selaras dengan kehendak undang-undang negara ini.

 

radioactivemgt1 radioactivemgt2 

 

radioactivemgt3

Kemudahan yang terdapat di Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif ialah:

  • Kemudahan penyimpanan sisa pepejal dan cecair organik,
  • Loji rawatan sisa aqueous  aras rendah
  • Membuka  dan menyediakan peralatan sumber terkedap terpakai

  • Kemudahan pembersihan pakaian tercemar

  • Makmal penyelidikan  dan analisa  untuk efluen dan sampel

  • Pemampat sisa untuk mengurangkan isipadu sisa

  • Kemudahan pengasingan sisa pepejal radioaktif
  • Kenderaan pengangkutan sisa.

 

Tatacara pelupusan sisa - Perkhidmatan dalaman

Tatacara pelupusan sisa - Perkhidmatan luar

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my