Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pemonitoran Radiologi dan Alam Sekitar

Nuklear Malaysia menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pemonitoran radiologi alam sekitar bagi tujuan mengesan sebarang perubahan dalam tahap sinaran dan radioaktif yang mungkin dihasilkan dari mana-mana aktiviti radiologi, yang boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat awam serta alam sekitar. Pemonitoran  adalah bagi memenuhi syarat perlesenan yang ditetapkan oleh AELB untuk pengendali / industri yang berkaitan mengunapakai bahan radioaktif.

Sampel dan pengukuran akan dijalankan bagi mengukur radon/thoron di udara, zarah partikel bawaan udara, tritium dalam air hujan dan media alam sekitar (flora, tanah, sedimen, air) untuk analisis radioaktif. Semasa melengkapkan program pemonitoran, Pendarkilau Haba (TLD) dan dosimeter ransangan optik (OSLD) digunakan dalam mengukur tahap sinaran luaran. Selain itu, Nuklear Malaysia  menawarkan perkhidmatan analisis keselamatan sinaran dan analisis imbangan radioaktif.


image1

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my