Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Perkhidmatan Pemonitoran Sinaran, Saringan dan Nyahcemar Kontaminasi

Sinaran mengion diklasifikasikan sebagai sinaran yang tenaga yang tinggi mencukupi untuk mengion atom. Penggunaan sinaran mengion dalam pelbagai industri telah meningkatkan kualiti kehidupan manusia seperti teknologi perubatan, sifat bahan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, sinaran boleh membahayakan kesihatan jika digunakan dengan cara yang salah. Oleh itu, pemantauan sinaran berterusan untuk individu (pekerja / awam) dan alam sekitar adalah perlu untuk memastikan keselamatan manusia dan alam sekitar.

Nuklear Malaysia mempunyai kakitangan terlatih untuk menjalankan pemantauan sinaran, perkhidmatan saringan kontaminasi dan dekontaminasi pada individu (pekerja / awam), peralatan, apparatus, kargo, kenderaan dan kawasan kerja berdasarkan piawaian dan garis panduan IAEA.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my