Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Ujian Kebocoran pada Sumber Radioaktif Terkedap

Ujian kebocoran adalah ujian fizikal yang dijalankan ke atas sumber terkedap untuk memastikan integriti kapsul melalui pengumpulan aktiviti kebocoran dari sumber.

image1

 

Tujuan ujian kebocoran adalah untuk mengesahkan pengkelasan sumber terkedap dikekalkan sepanjang masa semasa ia digunakan.
Semua sumber terkedap, kecuali yang telah mendapat pengecualian perlu menjalani ujian kebocoran:

    1. Sebelum penggunaan permulaan
    2. Setiap kali kerosakan kapsul atau pembungkusan disyaki
    3. Kehadiran kontaminasi
    4. Jika sumber terkedap digunakan secara berterusan, ujian kebocoran hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya setahun sekali;

Nuklear Malaysia menyediakan penguji kebocoran yang bertauliah untuk menentukan kebocoran sumber radiasi yang digunakan dalam industri dan aplikasi lain. Aktiviti pengujian integrity sumber terkedap dilakukan secara tahunan bagi memenuhi keperluan undang-undang AELB.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my