Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Verifikasi Perisai di Klinik/Pusat Perubatan

Pengukuran ketebalan setara Plumbum bagi bilik penyinaran perlu dilakukan sebelum pemasangan radas sinar-X di klinik-klinik dan hospital-hospital di Malaysia bagi memastikan ketebalan perisai bilik penyinaran tersebut adalah mencukupi. Ketebalan setara Plumbum bagi bilik penyinaran hendaklah memenuhi keperluan standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 1 mm Pb untuk bilik sinar-X pergigian (intra oral) dan mammografi, 1.5 mm Pb bilik sinar-X pergigian (panoramic) dan 2 mm Pb untuk bilik sinar-X am, fluoroskopi dan tomografi berkomputer. Ketebalan setara Plumbum untuk dinding, kaca berPlumbum, pintu dan beberapa posisi penting bagi setiap bilik sinar-X akan ditentusahkan dengan menggunakan punca standard  Americium-241.

thickness

Ujian ketebalan setara plumbum bagi bilik dedahan

 

Selain bilik sinar-X, Nuklear Malaysia juga menawarkan ujian ketebalan setara Plumbum untuk bilik-bilik atau ruang yang diguna dalam perubatan nuklear seperti makmal aktif, bilik suntikan, bilik tekanan, bilik pengimbasan, bilik kuarantin dan tangki pereputan. Ujian ini akan dilakukan dengan menggunakan punca standard Cesium-137. Ketebalan setara Plumbum bagi setiap bilik akan ditentusahkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kontraktor.  

Pengujian bahan-bahan perisai sinaran seperti konkrit, kapur barium dan lain-lain yang diguna dalam bidang perubatan juga boleh dilakukan di makmal ini. Pelanggan boleh menghantar sampel-sampel seperti sarung tangan dan baju berPlumbum; blok-blok konkrit yang akan diguna untuk membina bilik penyinaran ke makmal ini untuk pengujian. Pengujian sampel-sampel ini melibatkan penggunaan: (i) Punca Americium-241 untuk menentukan ketebalan setara Plumbum; dan (ii) Punca sinar-X diagnostik untuk menentukan keseragaman ketebalan sampel.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my