Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Biological Dosimetry (BIODOS)

Biologi Dosimetry (BIODOS) telah ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menjalankan ujian aberasi kromosom bagi memantau dos sinaran pekerja sinaran di Malaysia. Perkhidmatan ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan Piawaian Keselamatan Asas, Peraturan Perlindungan Sinaran dan menyokong Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi pemantauan dos pekerja sinaran.
Analisis penyimpangan kromosom menggunakan teknik dicentric ke atas darah/limfosit pekerja sinaran yang didapati mempunyai dos terkumpul melebihi100mSv atau mereka yang kehilangan lencana filem sinaran. Ujian ini juga ditawarkan kepada pekerja atau orang awam yang disyaki terdedah kepada dos sinaran yang tinggi. Dos sinaran yang diterima oleh pekerja atau orang awam boleh dianggarkan berdasarkan kerosakan kromosom. Secara purata, makmal BIODOS menerima kira-kira sepuluh sampel darah daripada pekerja radiografi industri setahun.


Tatacara Menghantar darah ke Makmal BIODOS untuk Ujian Aberasi Kromosom
1.  Pengumpulan sampel darah;

  • Datang terus ke Nuklear Malaysia - Lembah Klang
  • Penghantaran melalui kurier / pos - Luar dari Lembah Klang

2. Dokumen yang diperlukan::

  • Surat permintaan ujian yang dikeluarkan oleh syarikat
  • Surat arahan untuk melaksanakan ujian daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB)

3. Hari dan masa penerimaan sampel:

  • Isnin-Rabu sebelum 1.00 petang. Melalui temujanji.

4. Jumlah keseluruhan darah yang diperlukan: 5 ml
5. Prosedur:
Sampel darah boleh diambil oleh doktor panel atau mana-mana pengamal perubatan kerajaan. Sila pastikan;

  • Sampel darah diletakkan ke dalam tiub lithium heparin (anticoagulant).
  • Bahagian luar tiub dibersihkan menggunakan alkohol untuk mengelakkan sebarang kontaminasi sampel.

  • Sampel tidak terdedah kepada mana-mana sinaran, termasuk cahaya matahari.
  • Sampel perlu disimpan dalam kotak ais/pek sejuk. untuk memastikan suhu di dalam bekas adalah antara 2-8 °C, terutamanya untuk penghantaran melalui perkhidmatan pos/kurier yang mengambil masa lebih daripada 2 jam.
  • Jika penghantaran melalui perkhidmatan kurier, sila pastikan sampel darah perlu sampai ke Nuklear Malaysia pada tarikh yang ditetapkan.

6. Sampel dan dokumen yang diperlukan mestilah dihantar kepada:

Makmal Biological Dosimetry,
Blok 24, Agensi Nuklear Malaysia,
43000 Kajang, Selangor.
No. Fax: 03-89112170

7. Nuklear Malaysia juga menyediakan kemudahan mengambil sampel darah oleh akan dilaksanakan oleh doktor perubatan dari klinik swasta yang berdekatan. Untuk tujuan ini Nuklear Malaysia akan membekalkan tiub heparin dan kotak ais/pek sejuk secara percuma. Walau bagaimanapun Nuklear Malaysia tidak akan melindungi apa-apa kos atau bayaran untuk pengambilan darah yang dilakukan oleh klinik.

8. Caj bagi analisis arberasi kromosom adalah RM200.00/sampel.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my
(Attn :

1- Dr. Rodzi Ali (mohd_rodzi[at]nuclearmalaysia.gov.my / +603-89112000 ext 1128)
2- Noraisyah Mohd Yusof (aisyah[at]nuclearmalaysia.gov.my / +603-89112000 ext 1522/1127)
3- Rahimah Abdul Rahim (rahimah[at]nuclearmalaysia.gov.my / +603-89112000 ext 1573)
4- Juliana Mahamad Napiah (juliana_[at]nuclearmalaysia.gov.my / +603-89112000 ext 1522)