Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Tentukuran Pembilang Tiroid

Tentukuran pembilang tiroid diperlukan untuk memastikan ketekalan, kebolehpercayaan dan ketepatan bacaan pengambilan radionuklid ke dalam badan manusia. Tentukuran pembilang tiroid termasuk:

  • Tentukuran tenaga menggunakan sumber standard cesium-137;
  • Resolusi tenaga dari segi peratusan Full Width Half Maximum (FWHM);
  • Kelinearan tindak balas tenaga menggunakan sumber standard europium-152;
  • Ketepatan pengesan; dan
  • Pembilang ketepatan (ujian chi-square).

Selain itu, penentuan nilai kecekapan dan Aktiviti Pengesanan Minimum (MDA) pada 0-7 cm jarak neck-collimator, pada sela 1 cm dijalankan menggunakan sumber standard cobalt-57, barium-133, iodin-131, cesium-137 dan kobalt-60. Prosedur tentukuran pembilang tiroid dan had penerimaan adalah berdasarkan kepada IAEA TECDOC 602 Quality Control of Nuclear Medicine Instruments.

 

thyroid

Sistem Pembilang Tiroid yang terdapat di Makmal Standard Perubatan Nuklear.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my