Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Tentukuran Meter Tinjau Pencemaran

Tentukuran Meter Tinjau Pencemaran Pencemaran radioaktif adalah pemendapan, atau kehadiran bahan radioaktif sama ada di permukaan atau dalam pepejal, cecair atau gas (termasuk tubuh manusia). Pencemaran ini mungkin tidak disengajakan atau tidak diperlukan. Salah satu kaedah untuk mengukur pencemaran radiasi adalah dengan menggunakan meter tinjau pencemaran. Meter ini disyorkan untuk ditentukur secara tahunan.

Nuklear Malaysia adalah agensi yang diiktiraf  oleh Lembaga Perlesanan Tenaga Atom (AELB) bagi menawarkan perkhidmatan tentukur untuk meter tinjau pencemaran. Perkhidmatan tentukuran disediakan untuk memastikan peralatan sentiasa berada dalam keadaan optimum. Perkara ini dilaksanakan bagi mendapat data penting seperti faktor tentukuran dan nilai kecekapan.

Tentukuran dijalankan mengikut panduan atau rujukan standard seperti Laporan Keselamatan IAEA Siri No 16: 2000, NCRP Report No 112: 1991, IEC (ISO / DIS 8769-2): 1996 dan IEC (Penerbitan 325): 1981.

 

DSC_0722DSC_0736

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my