Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Tentukuran Kalibrasi Dos

Perkhidmatan bagi tentukuran kalibrasi dos telah diperkenalkan oleh Kumpulan Fizik Perubatan sejak tahun 2007. Pada tahun 2014, sebanyak 43 unit kalibrasi dos dari 18 pusat perubatan nuklear dan kemudahan pengeluaran radioisotop telah ditentukur. Penentukuran kalibrasi dos termasuklah memeriksa: (i) Pencemaran dipper dan well liner; (Ii) Kestabilan sistem; (Iii) Ketepatan pengukuran radioaktif menggunakan sumber standard cobalt-57, barium-133, cesium-137 dan kobalt-60; (Iv) Pengukuran radioaktiviti yang berterusan dan tepat; (V) Pengukuran radioaktiviti sehala; dan (vi) Kesan kedudukan sumber dan jumlah kepada pengukuran radioaktif. Prosedur instrument standard kebangsaan yang digunakan iaitu Fidelis Secondary Standard Dose Calibrator adalah sama standard dengan Makmal Fizikal Negara (NPL), United Kingdom. Prosedur tentukur kalibrasi dos dan kriteria penerimaan adalah berdasarkan Laporan Teknikal IAEA Siri No.454: 2006.

.dose calibrator

Tentukur dos kalibrasi yang dijalankan di Makmal Standard Perubatan Nuklear.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my