Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

SINAGAMA - Sterilisasi Produk Perubatan, Farmaseutikal, Makanan, Herba dan Rempah Ratus, Buah-buahan, Kosmetik, Produk Pertanian


Nuklear Malaysia mula membangunkan kemudahan iradiasi gama apabila Loji MINTec-Sinagama ditauliahkan di Kompleks Agensi Nuklear Malaysia, Jalan Dengkil, pada 13 Januari 1989. Loji MINTec-Sinagama atau dikenali sebagai SINAGAMA menggunakan tenaga mengion gelombang gama dari punca radioaktif  kobalt-60. Loji ini telah mendapat pentauliahan sijil pengurusan kualiti ISO 9001:2008, sistem kualiti piawaian ISO 13485:2003. Oleh yang demikian, penyinaran di SINAGAMA adalah mengikut garis panduan antarabangsa. Loji ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Premis Iradiasi Makanan. Pada tahun 2004, loji penyinaran ini telah dinaiktaraf kepada JS 10000 (IR-219), yang mana boleh menyinarkan pelbagai produk yang memerlukan dos berbeza pada satu-satu masa.

SINAGAMA adalah pusat kemudahan penyinaran bertaraf komersial yang menawarkan perkhidmatan dan penyelidikan seperti berikut:

  • Pensterilan produk-produk perubatan dan bahan untuk pembungkusan,
  • Nyahkontaminasi produk makanan, farmaseutikal, herba dan makanan haiwan,
  • Penghapusan serangga perosak dalam komoditi makanan,
  • Rawatan barangan kuarantin yang dikhuatiri mengandungi unsur-unsur yang boleh mendatangkan penyakit pada tumbuhan di negara ini,
  • Pensterilan tisu dan tulang untuk kegunaan Tisu Bank Kebangsaan dan hospital-hospital,
  • Sterilisasi bahan sisa pertanian untuk kegunaan alternatif seperti substrat biobaja, substrat cendawan dan makanan haiwan.

Sebagai sebuah pusat penyelidikan kebangsaan, Nuklear Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha mempromosikan teknologi penyinaran untuk membantu menambah nilai produk negara, sama ada untuk pasaran tempatan mahupun luar negara. Bagi menggalakkan penggunaan penyinaran untuk produk yang berpotensi, loji ini dilengkapi dengan gelung penyelidikan (research loop) sekiranya terdapat produk-produk baru yang ingin diuji. Selain itu, Nuklear Malaysia sering memberi khidmat nasihat kepada pihak-pihak yang berminat untuk menggunakan teknologi ini, termasuk mereka yang terlibat di dalam industri kecil dan sederhana tempatan dan juga negara jiran seperti Singapura. Sokongan yang diberikan oleh usahawan-usahawan ini telah membantu SINAGAMA untuk terus dikenali sebagai pusat perkhidmatan penyinaran gama dan secara langsung membantu menyumbang kepada ekonomi negara.

 

image1

Kemudahan SINAGAMA

 

Perkhidmatan penyinaran produk:

image2

Pensterilan produk perubatan, bahan pembungkus dan bekalan makmal

 

image3

Pensterilan produk farmaseutikal

 

image4

Makanan, herba & rempah ratus

 

 

image6

Produk pertanian

 

image7

Buah-buahan

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my