Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Rekabentuk Loji dan Kawalan Proses


Salah satu hasil dari aktiviti R&D adalah penemuan proses pengeluaran atau pembuatan yang baru samada untuk produk baru atau penambahbaikan proses sediada. Pemprosesan atau pengeluaran produk skala makmal perlu diterjemahkan kepada skala rintis sebelum ianya dibangunkan ke skala pengeluaran sebenar. Proses ini memerlukan kemahiran dalam rekabentuk loji dan kawalan proses. Proses-proses berskala makmal perlu diterjemahkan kepada kapasiti lebih besar yang mungkin memerlukan sistem tangki, perpaipan, pam, pengacau, pemanasan, penyejukan, penapisan, pengkondisian dan lain-lain. Operasi loji pula perlu dikawal menurut keperluan produk-produk yang dihasilkan. Sistem kawalan ini samada berbentuk mudah seperti kawalan mekanikal atau kawalan lebih kompleks seperti sistem kawalan komputer atau sistem kawalan automatik.

Agensi Nuklear Malaysia telah terlibat dengan proses di atas sepanjang perlaksanaan aktiviti-aktiviti R&D dengan sokongan pasukan-pasukan teknikal dalaman. Dengan pengalaman lebih dari 20 tahun, menyokong pembangunan produk-produk dan proses-proses baru, pasukan teknikal ini berupaya untuk membantu dalam pelbagai rekabentuk dan pembangunan loji dan kawalan proses baru dan juga naiktaraf loji-loji sediada.

 

Description: C:\Users\roslid\Desktop\proces.png

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my