Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Rekabentuk & Pembangunan Kejuruteraan


Pada kebiasaannya, proses pembangunan kejuruteraan bermula dengan mendefinasikan keperluan produk berdasarkan keperluan pelanggan, syarikat, pasaran dan keperluan perundangan. Dari situ, spesifikasi parameter teknikal produk akan dapat disediakan. Pada masa sama, rekabentuk konsep permulaan akan dilaksanakan dengan menentukan ciri-ciri fizikal juga fungsi utama produk. Proses seterusnya adalah menterjemahkan rekabentuk konsep kepada rekabentuk terperinci yang melibatkan rekabentuk kejuruteraan dari pelbagai disiplin seperti mekanik, proses, elektrikal, elektronik, perisian dan sebagainya. Akhirnya, produk dihasilkan dengan kaedah pembuatan tertentu, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sesuai dengan produk yang dibangunkan.

Agensi Nuklear Malaysia telah terlibat dengan proses di atas sepanjang perlaksanaan aktiviti-aktiviti R&D dengan sokongan pasukan-pasukan teknikal dalaman. Dengan pengalaman lebih dari 20 tahun, menyokong pembangunan kejuruteraan produk-produk R&D, pasukan teknikal ini berupaya untuk membantu dalam pelbagai rekabentuk dan pembangunan kejuruteraan produk-produk baru dan juga naiktaraf produk-produk sediada.

 

Description: CaxOnCADr1

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my