Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Perkhidmatan Tiup Kaca Saintifik

Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi rekabentuk, fabrikasi, pemasangan dan pentauliahan peralatan, rig dan aksesori kaca untuk penyelidikan dan makmal. Perkhidmatan ini termasuk pengubahsuaian dan pembaikan peralatan, rig dan aksesori kaca sedia ada. Kami juga menawarkan khidmat perundingan pembangunan alatan berkaitan.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan di Nuklear Malaysia:

  • Peralatan, rig & aksesori kaca difabrikasi khusus menurut keperluan pelanggan. 
  • Rakan teknikal untuk memberikan penyelesaian teknikal khusus menurut keperluan pelanggan.
  • Berpengalaman lebih 20 tahun memenuhi keperluan teknikal kerja-kerja kaca untuk penyelidikan dan makmal.

 

Description: image1

Lokasi:-
Pusat Pembangunan Loji & Prototaip (PDC),
Bahagian Sokongan Teknikal
Blok 25, Agensi Nuklear Malaysia,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my