Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Penilaian Kejuruteraan untuk Loji/ Kemudahan Rintis


 

Agensi Nuklear Malaysia adalah sebuah institusi R&D yang menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan teknologi nuklear. Di antara aktiviti-aktiviti R&D yang dilaksanakan adalah melibatkan pembangunan loji/kemudahan rintis. Pembangunan loji/kemudahan rintis memerlukan pengetahuan dalam penilaian sistem dan operasi loji. Pasukan teknikal kami telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti terbabit sejak dari awal penubuhan agensi ini hingga kini. Pengalaman yang dikumpul sepanjang melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut telah membolehkan pasukan teknikal kami untuk menawarkan khidmat perundingan ke atas pelbagai aspek kejuruteraan berkaitan loji/kemudahan rintis. Pasukan teknikal kami akan menilai dari aspek rekabentuk, spesifikasi, pepasangan peralatan, keadaan fizikal, pembinaan dan operasi loji/kemudahan untuk membantu pelanggan dalam penilaian pembangunan loji terbabit.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my