Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pemonitoran Radiologi dan Alam Sekitar


Nuklear Malaysia menyediakan khidmat dan konsultasi pemonitoran alam sekitar bertujuan untuk mengesan sebarang perubahan pada tahap sinaran dan radioaktiviti yang mungkin terhasil dari sebarang aktiviti radiologi yang menyebabkan peningkatan tahap radiasi yang boleh membahayakan orang awam dan alam sekitar.   Pemonitoran ini juga bagi memenuhi keperluan pelesenan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) kepada pengendali/industry yang menggunakan bahan radioaktif.

 

Persampelan dan pengukuran akan dilakukan untuk radon/thoron di dalam udara, zarah bawaan udara, tritium di dalam air hujan dan alam sekitar (flora, tanah, sedimen dan air) untuk analisa keradioaktifan.  Bagi melengkapkan akriviti pemonitoran ini, Thermo Luminescence Dosimeter (TLD) dan Optically Stimulated Luminescence Dosimeter (OSLD) digunakan untuk mengukur tahap radiasi luar.   Selain itu Nuklear Malaysia juga menawarkan khidmat Analisa Keselamatan Sinaran dan Analisa Keseimbangan Radioaktif.


image1

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my