Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pemonitoran Sinaran, Saringan Pencemaran dan Khidmat Nyahcemaran


Sinaran Mengion diklasifikasikan sebagai radiasi bertenaga tinggi yang boleh mengionkan atom.  Kegunaan radiasi mengion di dalam pelbagai industry telah membantu menambahbaik kualiti kehidupan manusia seperti di dalam teknologi perubatan, sifat-sifat bahan dan sebagainya.  Walau bagaimanapun, sinaran boleh membahayakan kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.  Oleh yang demikian, pemonitoran sinaran individu(pekerja/orang awam) dan alam sekitar secara berterusan amat diperlukan untuk memastikan keselamatan manusia dan alam sekitar.

Nuklear Malaysia mempunyai kakitangan terlatih bagi mengendalikan pemonitoran radiasi, pemeriksaan kontaminasi dan khidmat dikontaminasi individu (pekerja.awam), kemudahan,peralatan, kargo, kenderaan dan persekitaran kerja berdasarkan standard dan garis panduan yang ditetapkan IAEA.

image1

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my