Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Penasihat dan Perancangan Polisi Nuklear


Nuklear Malaysia juga berperanan untuk mengkaji polisi teknologi nuklear dan teknologi berkaitan; menyelaras perancangan strategik, mereka bentuk, menyelaras dan mengurus program kerjasama teknikal Agensi Tenaga Atom Antrabangsa (IAEA) di peringkat nasional, antarabangsa  dan serantau serta kerjasama bilateral berkaitan pembangunan sains dan teknologi  nuklear Negara.

Agensi ini juga bertindak sebagai agensi penghubung untuk IAEA bagi menyelaras dan mengurus hal ehwal nuklear di peringkat nasional dan antarabangsa, dan bertindak sebagai pihak berkuasa nasional dalam melaksanakan Perjanjian Komprehensif Larangan Ujian Senjata Nuklear (CTBT) di dalam negara. 

Nuklear Malaysia mempunyai keupayaan dan pengalaman bekerja dengan pembuat dasar dalam menyediakan khidmat nasihat teknikal dan input berkaitan penyelidikan dan pembangunan teknologi nuclear, menentukan polisi dan keutamaan dalam bidang ini  terutamanya kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Hal Ehwal Antarabangsa (MOFA).  Selain itu, Nuklear Malaysia melaksanakan polisi yang digariskan oleh kerajaan dan mewakili Negara dalam institusi antarabangsa yang berkaitan dengan hal ehwal nuklear. Agensi ini juga menyediakaan khidmat nasihat teknikal dan input kepada delegasi Malaysia dalam forum antarabangsa seperti IAEA General Conference, FNCA Ministerial Meeting, Nuclear Security Summit (NSS) dan Review Conference of the Parties to the Treaty on the Non-Proliferation of Nuclear Weapons (NPT).


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my