Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Ujian Pencemaran Radionuklid


Sumber utama pencemaran radioaktif di dalam alam sekitar termasuklah ujian senjata nuklear, kesan dari kemalangan nuklear seperti kemalangan Chernobyl pada 1986 dan Fukushima pada tahun 2011, kapal selam berkuasa nuklear yang karam, pembuangan sisa nuklear ke laut dalam ada pelepasan sisa dari loji kuasa nuklear serta loji pemprosesan semula bahan nuklear.   Sumber-sumber lain adalah ekstraksi minyak, pemprosesan batuan fosfat dan pengangkutan radioaktif di darat dan laut.  Di dalam persekitaran marin, arus lautan boleh menyebarkan radionuklid pada kawasan yang lebih luas dan boleh sampai ke pesisiran pantai.   Bergantung kepada separuh hayatnya, isotop radioaktif akan mengekalkan keradioaktifannya sama ada dalam beberapa jam sehinggalah beratus ribu tahun.  Di antara radionuklid yang akan kekal di dalam alam sekitar adalah Cs-137, Pu-239, Pu-240, Am-241, Sr-90 dan H-3 kerana tempoh separuh  hayat yang panjang.


Oleh kerana potensi risiko terhadap manusia dan alam sekitar, penggunaan dan pengangkutan bahan radioaktif adalah dikawal dengan ketat. Selagi aktiviti ini dijalankan dengan betul dan mengikut peraturan, risiko terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar amat minima.  Namun begitu, walaupun secara keseluruhannya, tahap pencemaran radioaktif adalah rendah, pemantauan berterusan terhadap alam sekitar dan marin masih diperlukan berikutan risiko dari pertumbuhan industri nuklear untuk penjanaan kuasa khususnya di Asia Timur dan Selatan seperti China, Jepun, Korea Selatan dan India.  Selain daripada industri nuklear, pemprosesan bahan nadir bumi yang mengandungi bahan radioaktif seperti torium dan uranium boleh menyebabkan pencemaran dan dedahan radiasi kepada pekerja dan orang awam.  Kajian perlu dijalankan untuk menilai tahap pencemaran dan dedahan.  Untuk tujuan itu, Nuklear Malaysia menawarkan khidmat konsultasi seperti :

  1. Kajian impak radiologikal
  2. Pemonitoran radiasi dan penilaian dos di persekitaran pemasangan loji nuklear/radioaktif.
  3. Pengukuran radioaktif persekitaran.
  4. Khidmat radioanalitikal untuk alam sekitar dan sampel makanan ( menggunakan gama, alfa, gross alpha/gross alpha spctrometers dan pembilang sintilasi cecair.
  5. Kajian pengumpulan bio dan penilaian impak.
  6. Pemetaan dos dan permodelan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my