Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Perencat Karat

Projek penghasilan perencat karat telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri dalam aspek perlindungan daripada kakisan untuk meningkatkan ketahanan sesuatu struktur. Salutan Perencat Karat telah dicipta untuk memenuhi keperluan ini sebelum penggunaan salutan dan cat akhir. Perencat karat ini diperbuat daripada bahan berasaskan air yang membolehkan salutan dilakukan ke atas besi berasaskan ferous yang karat dan kemudiannya disalut sekali lagi (topcoat) dengan cat yang diingini tanpa perlu menggosok besi tersebut. Produk unik ini bertindak secara kimia dengan karat dan seterusnya menghalang proses kakisan. Di samping itu, oksida yang lebih stabil ditinggalkan pada permukaan untuk membolehkan salutan atas dilakukan menggunakan kesemua jenis cat.

rust inhibitor

(a) Cecair perencat karat, (b) Keadaan meriam sebelum rawatan dan (c) Keadaan meriam
setelah rawatan menggunakan perencat karat

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my