Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Agen Penggalak Pertumbuhan dan Imuniti Pokok


Oligokitosan ialah produk tambahan alternatif yang sangat berkesan sebagai penggalak pertumbuhan dan meningkatkan ketahanan pokok terhadap penyakit. Ia dihasilkan melalui tindak balas degradasi kitosan menggunakan sinaran gama. Bahan asas oligokitosan, iaitu kitosan, diperolehi daripada sumber kitin iaitu daripada rangka luar haiwan krustasia (udang, ketam), serangga dan dari dinding sel kulat dan alga. Kitosan dikelaskan sebagai polimer semula jadi yang tidak toksik, mudah terbiodegradasi, bioserasi dan polimer boleh diperbaharui. Oligokitosan dengan julat molekul 10 kDa hingga 20 kDa memberikan kesan yang sangat efektif ke atas kadar pertumbuhan, imuniti pokok serta hasil. Penggunaan oligokitosan ke atas tanaman padi, cili, mulberi, kultur tisu pisang dan nanas telah terbukti berkesan. Foto 8.6 menunjukkan aplikasi oligokitosan ke atas tanaman cili.

 

image1 
Oligochitosan

image2
Semburan cecair oligokitosan ke atas pokok cili


image3
Tapak ujian penanaman cili

image4
Hasil pokok cili yang telah matang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my