Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Molybdenum - 99Mo / Technetium - 99mTc Generator


Penjana MALtec ini akan menghasilkan eluat sucikuman dan bebas pirogen yang mengandungi Sodium Pertechnetate untuk kegunaan suntikan intravena. Ianya dihasilkan di Nuklear Malaysia menggunakan fasiliti yang mendapat persijilan GMP.

Kod Produk

MTC1

Indikator

Sodium pertechnetate [99mTc] digunakan untuk sintigrafi terutamanya bagi otak dan tiroid. Ianya boleh juga digunakan bagi penyediaan pelbagai kompaun berlabel technetium-99m untuk organ tertentu seperti  hati, paru paru, tulang dan buah pinggang.

Saiz Penjana  

11 GBq, 15 GBq, 19 GBq, 30 GBq, 37 GBq

Kalibrasi

0900 jam pada hari Isnin mengikut waktu Kuala Lumpur

Pesanan

14 hari sebelum tarikh penggunaan

Luput  

14 hari  dari tarikh kalibrasi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my