Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pengeluaran Ir-192 untuk Radiografi

Satu projek usaha sama antara Nuklear Malaysia dan sebuah syarikat NDT di Malaysia telah diadakan untuk menghasilkan punca terkedap Ir-192 (Foto 8.20). Projek ini terdiri daripada pemindahan teknologi dari Institut Penyelidikan Agensi Tenaga Atom Korea (KAERI)/Ho Jin Industri Ltd. kepada Nuklear Malaysia. Peralatan pengeluaran akan dipasang di dalam sel aktif (hot cell) yang mempunyai ketebalan plumbum sebanyak 10 cm. Sel aktif ini mampu untuk menampung aktiviti sehingga 50 Ci. Dwi-kapsul cakera Ir-192 tersinar yang diimport dari KAERI akan menjalani pemasangan akhir. Decay sources daripada gamma projektor dikeluarkan, dipotong dan disimpan di dalam bekas sisa. Peralatan ‘in-cell’ tersebut sesuai untuk penyediaan Ir-192 pigtails untuk kegunaan jenis Gamma Projector Tech-Ops, INC dan Gamma-Mat dari MDS bagi memenuhi permintaan tempatan. Foto 8.20: (a) Penyediaan Ir-192 ‘pigtails’ untuk kegunaan ujian tanpa musnah (NDT) (b) Punca terkedap Ir-192

ir-192

(a) Penyediaan Ir-192 ‘pigtails’ untuk kegunaan ujian tanpa musnah (NDT), (b) Punca terkedap Ir-192

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my