Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Fitofarmaseutikal Ficus Deltoidea: Tablet Deltozide Tablet 200 mg dan Kapsul Deltozide

Mas cotek atau nama saintifiiknya Ficus deltoidea merupakan salah satu tumbuhan ubatan yang lazim di Malaysia. Ianya juga telah digunakan dalam perubatan tradisi tempatan untuk merawat sakit kepala, sakit gigi, demam, kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah jantung, gout, cirit-birit, radang paru-paru dan penyakit kulit. Tumbuhan ini juga digunakan oleh wanita selepas bersalin untuk menguatkan rahim dan meningkatkan peredaran darah. Kini, terdapat banyak produk berasaskan Ficus deltoidea yang terdapat di pasaran. Produk fitofarmaseutikal Ficus deltoidea adalah formulasi dos oral mengikut piawaian dalam bentuk kapsul dan tablet iaitu Deltozide tablet 200 mg dan Deltozide kapsul 100 mg. Bahan aktif yang digunakan dalam formulasi ini adalah ekstrak akuas semburan kering daun Ficus deltoidea.

Deltoidea

Penghasilan tablet dan kapsul mas cotek (Deltozide tablet 200 mg dan Deltozide capsule 100 mg)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my