Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Radiolabel Ikan Haruan (Channa Striatus)


Ikan haruan (Channa striatus) merupakan spesis ikan air tawar karnivor yang biasa ditemui di Malaysia. Ia dikatakan mempunyai nilai perubatan untuk menyembuhkan luka. Di samping itu juga, ia didapati mempunyai aktiviti anti-radang, anti-kulat dan antinosispetif. Untuk mengesahkan aktiviti anti-radang ekstrak Channa striatus (haruan) tersebut, satu teknik penglabelan dengan technetium-99m (Tc-99m) telah dibangunkan untuk membolehkan penggambaran lokasi inflamasi / keradangan menerusi kamera gamma.

image1


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my