Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pembangunan Lengkuk Penentukuran Menggunakan Asai Premature Chromosome Condensation (PCC) dan Micronuclei (MN) bagi Penduduk Malaysia


Biodosimetri berdasarkan analisis kromosom disentrik telah digunakan sejak lebih dari 40 tahun dan merupakan ujian biasa untuk menilai dos terdedah dalam program perlindungan sinaran. Micronuclei adalah badan extranuklear yang terhasil dari pecahan kromosom atau kromosom yang melewati anafasa akibat pendedahan kepada sinaran mengion. Oleh itu, asai berasaskan MN-boleh memberikan bacaan titik akhir yang pantas untuk menentukan dosimetri biologi berikutan pendedahan kepada sinaran. Penilaian dos terserap daripada pekerja sinaran di Malaysia telah dijalankan dengan menggunakan teknik ini untuk meningkatkan perkhidmatan dosimetri biologi di Malaysia.

image1

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my