Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Baja Bioorganik


Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah membangunkan satu siri baja bioorganik pelbagai fungsi dalam mengurangkan pergantungan kepada baja kimia untuk pengeluaran tanaman. Produk-produk ini adalah:

  • Baja organik yang dinamakan ORGANIK NF,
  • Baja bioorganik pelbagai fungsi yang dinamakan MULTIFUNCTIONAL BIOFERT PG & PA
  • Baja bioorganik bentuk pelet yang dinamakan MF-BIOPELLET
Produk-produk ini menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi, tanpa penambahan bahan kimia. Ia dikategorikan sebagai 'Produk Hijau' - mesra alam, mengoptimumkan sumber biologi, bebas patogen, dan sesuai untuk pelbagai tanaman, termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman hiasan, di bawah sistem pertanian yang berbeza - ladang-ladang, kebun, rumah hijau, sistem tanaman tanpa tanah dan nurseri.

 

baja

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my