Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sangkar Akuakultur Terapung


Biokomposit berpontesi digunakan sebagai alternatif kepada bahan kayu sebagai struktur sangkar akuakultur terapung. Dengan kerjasama antara Agensi Nuklear Malaysia (MOSTI) dengan Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), projek ini menggunakan sumber yang boleh dikitar semula seperti sisa tandan kosong dari ladang kelapa sawit, habuk kilang papan dan sekam padi sebagai bahan asas. Bahan-bahan ini diadun menggunakan teknologi iradiasi ultra bunyi untuk menghasilkan bahan nanohibrid biokomposit yang digunakan dalam struktur sangkar akuakultur. Hasil pembangunan teknologi ini juga dapat mengurangkan pembuangan sisa pepejal, perlepasan karbon dan penggunaan tenaga berbanding aktiviti pembakaran bahan gentian sebelum ini. Justeru itu, projek penyelidikan ini dikategorikan sebagai teknologi hijau. Bagi sektor perikanan negara, projek ini boleh menyumbang kepada kesejahteraan sosioekonomi negara dalam industri hiliran dan industri huluan, contohnya dalam pengeluaran dan penggunaan nanohibrid biokomposit untuk pembangunan struktur sangkar akuakultur.

image1 
Sangkar terapung biokomposit nanohibrid yang diperbuat daripada sisa tandan kosong kelapa sawit


image2
Ujian ketahanan dalam persekitaran akuakultur sebenar

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
(Attn : Encik Ahamad Sahali bin Mardi - Pengarah Bahagian Pengkomesilan Teknologi)
+603-89112000 ext 1621
+603-89252588
sahali[at]nm.gov.my