PELAJAR PEREMPUAN UNGGULI PERTANDINGAN MENULIS ESEI SAINS 2020
BANGI, 22 OKT 2020– Seramai 8 daripada 9 orang pemenang Pertandingan Menulis Esei Sains Peringkat Kebangsaan terdiri daripada pelajar perempuan. Pertandingan menulis esei yang bermula pada Ogos yang lepas telah menarik hampir 3000 penyertaan daripada seluruh negara.
Pertandingan anjuran Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dengan bersempena dengan Minggu Sains Negara (MSN) 2020 merupakan pertandingan kali ke-3 yang pernah dianjurkan seumpamanya di Malaysia. Penyertaan pertandingan ini telah diterima melalui emel dan pos, suatu pembaharuan berbanding penganjuran yang lepas yang hanya menerima penyertaan melalui pos.
Penganjuran pertandingan menulis esei pada tahun ini menyaksikan sebanyak 350 sekolah bertanding di dalam 3 kategori yang dipertandingkan iaitu sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas. Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000 diikuti oleh RM 750 untuk naib johan dan RM 500 untuk tempat ketiga. Kategori penyertaan terbanyak untuk sekolah turut dipertandingkan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah yang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 2,000 masing-masing. Semua pemenang akan turut menerima sijil pencapaian dan sijil penghargaan bagi pertandingan ini.
Senarai penuh pemenang mengikut kategori boleh dirujuk seperti berikut.
14 AHLI AKRAB TERIMA WATIKAH PELANTIKAN
BANGI, 25 OGOS 2020 – Majlis Perhimpunan Nuklear Malaysia yang dilaksanakan baru-baru ini turut mengambil peluang bagi penyampaian watikah pelantikan kepada 14 orang ahli jawatankuasa baharu AKRAB Agensi Nuklear Malaysia bagi sesi 2020/2021.
Selain itu, Nuklear Malaysia turut merakamkan ucapan tahniah kepada Puan Manisah Saedon dan Puan Radhiah Jamalludin atas usaha mereka sehingga ditauliahkan sebagai AKRAB (I-MIND) pada 15 Ogos 2020. Sebagai maklumat, AKRAB merupakan akronim kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam yang menawarkan khidmat bimbingan kepada penjawat awam di tempat kerja.
SENARAI NAMA PENERIMA WATIKAH PELANTIKAN SESI 2020/2021
BIL |
NAMA |
BAHAGIAN |
JAWATAN |
1 |
Mohd Sidek Othman |
BKT |
Pengerusi |
2 |
Dr. Cik Rohaida Che Hak |
BTI |
Timbalan Pengerusi |
3 |
Manisah Saedon |
BTP |
Setiausaha |
4 |
Radhiah Jamalludin |
BST |
Penolong Setiausaha |
5 |
Norasiah Ab Kasim |
BKT |
Jk Kompetensi Profesional |
6 |
Salahbiah Abdul Majid |
BSM |
Jk Kompetensi Profesional |
7 |
Zakaria Dris |
BSM |
Jk Kompetensi Organisasi |
8 |
Siti Hawa Mat Zain |
BST |
Jk Kompetensi Organisasi |
9 |
Rida Anak Tajau |
BTS |
Jk Kompetensi Organisasi |
10 |
Hasfazilah Hassan |
UKK |
Jawatankuasa Promosi |
11 |
Marizan Mahmud |
BPM |
Jawatankuasa Promosi |
12 |
Shahrul Azlan Azizan |
BKS |
Jawatankuasa Sosial |
13 |
Faizal Azrin Abdul Razalim |
BKS |
Jawatankuasa Sosial |
14 |
Mohd Fauzi Haris |
BST |
Jawatankuasa Sosial |