Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Makmal Fitokimia

Makmal Fitokimia terletak di Aras 1 Blok 37. Aktiviti utama di dalam Makmal Fitokimia ini adalah penghasilan ekstrak mentah daripada sampel tumbuhan. Sampel-sampel tumbuhan yang dikutip dari lapangan akan dikumpulkan di makmal ini dan akan melalui beberapa proses seperti pengasingan, pengeringan, pemotongan dan pengisaran. Pengekstrakan sampel kebiasaannya dilakukan secara terus menggunakan air atau pelarut organik atau secara berturutan dalam pelarut organik dengan kepolaran berbeza. Pemeringkatan ekstrak aktif berpandukan kepada bioassay serta pengasingan sebatian aktif anti-kanser juga turut dijalankan di makmal ini. Makmal ini merupakan teras kepada penyelidikan fitofarmaseutikal di Bahagian Teknologi Perubatan. Makmal ini menempatkan peralatan bagi pengekstrakan akues dan pelarut organik seperti  Rotary Evaporator, Accelerated Solvent Extractor (ASE) dan  Vacuum concentrator.

Accelerated Solvent Extractor (ASE)

 

Rotary Evaporator

 

Vacuum Concentrator

Selain itu, peralatan sokongan juga terdapat di dalam makmal ini seperti Pengisar, Drying Oven, Hot plate dan Purified RO Water System. Pegawai bertanggungjawab untuk Makmal Fitokimia adalah Puan Rosniza Razali.

Pengisar

 

Drying Oven

 

Purified RO Water System

 

Hot plate and pH meter


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.