Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

ImageXpress Micro XL and Metapress 5.1 High Content Screening System

Sistem High Content Screening menggunakan sistem mikroskop automatik, beresolusi tinggi untuk menilai morfologi serta pelbagai parameter biokimia dalam sistem bersel. Dengan menggunakan cahaya pendafluor, cahaya terhantar, dan mod fasa kontras sistem ini dapat melakukan pengimejan sel hidup mahupun yang sudah diawet. Dalam penyelidikan biologi atau pembangunan ubat, penggunaan High Content Screening dapat mengenalpasti secara kuantitatif perubahan morfologi sel yang disebabkan oleh molekul kecil seperti RNAi dan kompoun dadah. Proses sel seperti apoptosis, kitaran sel, micronuclei, angiogenesis, translokasi intrasel, endositosis, pengisyaratan sel, dan ‘multi-wavelength cell scoring’ juga boleh dikaji dengan menggunakan sistem ini.

High content screening sistem untuk pengimejan sel secara automatik dan kuantitatif serta analisis



Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.