Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sebatian Polimer dan Komposit

Pembangunan bahan-bahan baru menerusi pengadunan sintetik, getah asli, cecair getah asli, bahan lignoselulosa dan polimer sintetik, bahan-bahan tambahan, pengisi dan penyesuaipadanan bersaiz mikro/ nano untuk kegunaan automatif, pembinaan dan aplikasi-aplikasi industri. Rawatan sinaran untuk polimer sisa industri (plastik dan getah) adalah teknologi yang terkini. Fokus utama teknologi ini adalah untuk mengitar semula sisa-sisa bahan tersebut untuk kegunaan industri bagi kepentingan ekonomi dan alam sekitar. Antara aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan adalah;

  • Kitar semula sisa getah asli dan plastik seperti PET, PP, PTFE, LDPE dan HDPE
  • Taut silang sinaran bagi tanah liat bersaiz nano EVA-NR, PP
  • Sebatian polimer yang boleh ditaut silangkan oleh sinaran mengion
  • Komposit berasaskan serat/ fiber semulajadi seperti serat daripada tandan buah kosong, pokok getah dan kenaf
  • Komposit nano berasaskan pengisi bersaiz nano seperti tanah liat (MMT), karbon tiupan (CNT), tiub halloysite (HNT), silika bersaiz nano dan grafin.

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.