Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Projek Spin-Off

pomispot


Inovasi ini tercetus apabila kumpulan ini menghadapi kesukaran mendapatkan peranti pengimpal yang sesuai untuk membaik pulih tiub akselerator yang rosak. Pengimpal biasa tidak sesuai kerana terlalu besar dan boleh membakar dan merosakkan elektrod logam pada tiub tersebut kerana suhu melampau dan kimpalannya besar. Pengimpal spot yang dibina oleh kumpulan ini adalah berasaskan teknik nyahcas kapasitif dengan menggunakan kapasitor audio dan beberapa komponen lain yang biasa diperolehi dari makmal elektronik.

Inovasi
Kapasitor audio digunakan untuk pembinaan pengimpal titik ini kerana ia berupaya menyimpan caj tinggi yang diperlukan untuk menghasilkan nyahcas elektrik yang padu pada tip pengimpal. Tip pengimpal boleh direka mengikut keperluan. Pengimpal titik ini pula boleh digunakan oleh pekerja tidak ada kemahiran kerana ia mudah digunakan.

 

Potensi pasaran
Alat pengimpal ini sangat sesuai digunakan oleh industri yang terlibat dalam pembikinan komponen elektronik, peranti kecil, produk kreatif (barang kemas, permainan dan cenderahati) dan juga untuk kegunaan di rumah. Ia sangat penting untuk kegunaan bengkel dan makmal yang menjalankan kerja baik pulih peralatan yang sensitif pada haba. Pengimpal POMISPOT menghasilkan kimpalan yang tepat, bersih, cepat dan tanpa bau pada kit rendah. Pengguna tidak perlu menjalani latihan khas kerana ia sangat mudah dan selamat digunakan. 

 

Anugerah
Inovasi ini dianugerahkan pingat emas dalam:

  • Hari Inovasi Nuklear Malaysi 2012
  • Islamic Innovation Expo 2012 (I-Inova 12), UniversitiSains Islam Malaysia

Pada 28 Ogos 2013, YBhg. Datuk Dr. Ewon Ebin Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi secara rasminya memperkenalkan POMISPOT di Perlancaran Produk R, D & C MOSTI.

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.