Health Physic Group

KUMPULAN FIZIK KESIHATAN
Kumpulan Fizik Kesihatan, (KFK) Bahagian Keselamatan & Kesihatan Sinaran telah ditubuhkan sejak tahun 1980. Ia berperanan penting dalam pembangunan, promosi, pelaksanaan serta penguatkuasaan peraturan-peraturan, piawaian, standard dan sistem pengurusan keselamatan sinaran di Nuklear Malaysia. Mempunyai kepakaran dan kemudahan peralatan untuk memantau tahap dos sinaran, tahap pencemaran radioaktif dan kebocoran radioktif Cemaran (alfa, beta, gamma dan neutron). Antara kemudahan yang terdapat di KFK adalah Makmal Ujian kebocoran Radioaktif, Makmal kalibrasi Meter Tinjau Cemaran, Peralatan Kelengkapan Kecemasan Radiologi & Nuklear, Peralatan Pemantauan Sinaran &, Kelengkapan Nyahcemaran Radioaktif, Pelbagai Punca Uji/Piawai Radioaktif dan Peralatan Pembilang Seluruh Badan (WBC). Kakitangan di KFK adalah terdiri mereka yang terlatih dan pakar serta sering mengikuti latihan yang dianjurkan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA). Perkhidmatan KFK adalah : -

  1. Juruperunding Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO Consultant) – Perkhidmatan juruperunding perlindungan sinaran pihak agensi luar dan industri yang menggunakan teknologi nuclear sebagaimana yang digariskan panduan AELB LEM/TEK/40.

  2. Pemantauan & Nyahcemaran Individu, Peralatan dan Kawasan - Mempunyai kepakaran dan peralatan bagi melakukan pemantauan cemaran dan proses nyahcemaran (decontamination) ke atas individu (pekerja/orang awam), peralatan dan kawasan kerja. Proses nyahcemaran ke atas individu adalah penting bagi mengelakkan kemasukan bahan radioaktif ke dalam tubuh badan. Proses pemantauan dan nyahcemaran dibuat berdasarkan standard dan panduan teknikal IAEA (contoh; BSS 2011, TECDOC 1092).

  3. Pemantauan Radiologi dan Alam Sekitar – Memberikan khidmat Pemantauan Radiologi dan Alam Sekitar meliputi pengukuran terus (in-situ measurement) dos sinaran, tahap cemaran kawasan, tahap zarah radioaktif dalam udara (airborne), tahap gas radioaktif dalam udara (Radon / Thoron) dan analisis tahap radioaktiviti di dalam sampel alam sekitar (tanah, sedimen, air sungai, air laut, udara persekitaran, flora, fauna, bioata dan sebagainya)

  4. Ujian Kebocoran Bahan Radioaktif Terkedap - Mempunyai kepakaran untuk melakukan Ujian Kebocoran Bahan Radioaktif Terkedap. Ianya bertujuan untuk memastikan tiada sebarang kebocoran dari bekas bahan tersebut.

  5. Tentukuran Meter Tinjau Cemaran - Perkhidmatan tentukuran ini dilakukan dengan menggunakan punca radionulid piawai dan setiap meter tinjau yang telah ditentukur akan diberikan sijil tentukuran yang mengandungi factor tentukuran (CF) dan nilai kecekapan meter tinjau tersebut.

  6. Khidmat & Latihan Keselamatan Sinaran -  Turut memberikan perkhidmatan berkaitan pemantauan kawasan kerja & persekitaran, nasihat pakar (perundangan/teknikal), pameran, ceramah, latihan/kursus asas berkaitan keselamatan sinaran. Selain itu, turut menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan pemantauan/pengawasan sinaran kepada agensi luar yang memerlukan bagi menggalakkan pengunaan teknologi nuklear bagi tujuan keamanan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Dr. Noriah Mod Ali
Bahagian Keselamatan Sinaran
Agensi Nuklear Malaysia
Bangi, 43000
Kajang, Selangor
Tel: 03-8911200 samb 1771
Faks: 03-89112156
Email: noriaha@nuclearmalaysia.gov.my

Hj. Khairuddin Kontol
Kumpulan Fizik Kesihatan
Bahagian Keselamatan Sinaran
Agensi Nuklear Malaysia
Bangi, 43000
Kajang, Selangor
Tel: 03-8911200 samb 1587
Faks: 03-89112156
e-mail:khairuddin-m@nuclearmalaysia.gov.my